PENGUMUMAN : Sekiranya anda berminat untuk menyumbang berita berkaitan aktiviti pengakap di sekolah anda ( Muar sahaja ) sila hantar gambar dan berita kepada kami di email ppmmuar2012@gmail.com .

Isnin, 25 Februari 2013

Karnival Hari Pengasas Pengakap 2013


24 Feb 2013 - Satu perkhemahan sempena Karnival Hari Pengasas Pengakap 2013 telah diadakan pada 22 - 24 Februari 2013. Karnival peringkat negeri Johor ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar/Ledang bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor. Seramai 300 orang ahli pengakap dari daerah Muar dan Ledang merangkumi unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kelana telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti kepengakapan telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

 Perasmian dilakukan oleh Datuk Dr. Sharuddin Bin Md. Salleh - 
Ahli Dewan Undangan Negeri ( Jorak )

Antara aktiviti yang dijalankan

Gerai Pameran
Gerai Pameran


Derma untuk GAZA

Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor menyampaikan hadiah kepada pemenang.
»»  read more

Rabu, 6 Februari 2013

Taklimat Pengurusan PPM Daerah Muar Ledang 2013


6 Feb 2013 - Satu taklimat berkaitan Pengurusan PPM Daerah Muar/Ledang bagi tahun 2013 telah diadakan di Dewan SK Ismail 1. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar/Ledang En Cheman Bin Yusoh. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang pengakap yang akan dijalakan di daerah Muar/Ledang. Turut hadir dalam taklimat ini ialah Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor Tn Hj Yaacob Bin Hj Karim. Taklimat ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin pengakap dari sekolah-sekolah daerah Muar/Ledang.

Pendaftaran kehadiran pemimpin

Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor Tn Hj Yaacob bin Hj Karim
turut menyampaikan taklimat tentang aktiviti pengakap negeri Johor

Antara pemimpin-pemimpin pengakap sekolah Daerah Muar/ Ledang yang hadir.




»»  read more

Jumaat, 19 Oktober 2012

Jambori JOTA dan JOTI 2012


19 Okt 2012 - Jambori JOTA dan JOTI Antarabangsa 2012 bermula pada hari ini bertempat di SK Parit Keroma Darat, Muar. Sebanyak 30 buah sekolah yang berdaftar pada tahun 2012 telah menyertai jambori antarabangsa pada kali ini. Majlis perasmian jambori telah di sempurnakan oleh En Cheman Bin Yusoh selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar/Ledang. Pelbagai aktiviti dijalankan pada kali ini yang dapat memberi ilmu berkaitan dengan pengakap dan kemahiran kepada para peserta. Antaranya ialah penggunaan radio amatur. Jambori selama tiga hari dua malam ini membolehkan para peserta menerima sijil perkhemahan pengakap peringkat antarabangsa.
»»  read more

Isnin, 18 Jun 2012

Banner Untuk Iklan Aktiviti


Salam, kepada semua unit pengakap di bawah PPM Daerah Muar . Jika sekiranya anda ingin meletakkan iklan atau banner untuk sebarang aktiviti pengakap di dalam unit masing-masing, anda boleh menghantar iklan atau banner tersebut kepada kami di alamat email ppmmuar2012@gmail.com . Anda boleh mereka bentuk banner sendiri dan hantar kepada kami dalam format jpeg atau gif. Ukuran banner tersebut ialah 610 x 240.
»»  read more

Jumaat, 8 Jun 2012

Cerita Hutan


DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli.

Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli.

Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya.

Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.

Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.

Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
»»  read more

Persetiaan Pengakap

»»  read more

Khamis, 24 Mei 2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar

Di tubuhkan pada .....
»»  read more